Subscribe Twitter Facebook

PERTANYAAN

Untuk sebarang komen dan pertanyaan serta ingin tahu tentang harga belian kain pasang melebihi 10 unit,
sila e-mel kami di :

atau
sms kami di 018-2552035


atau
Gunakan borang pertanyaan
yang telah disediakan di bawah. Anda juga boleh merujuk ruangan FAQ di bawah sekiranya ada pertanyaan yang sudah dijawab oleh pihak kami terlebih dahulu:




FAQ:


1. Siapakah BajuKurungAyu?
Kami adalah penjual fabrik dan pakaian siap kecil-kecilan dari rumah secara online yang menumpukan pakaian untuk wanita-wanita bersaiz besar yang mahu kelihatan anggun. Kami beroperasi di Kuala Lumpur.

2. Adakah anda memiliki premis jualan?
Buat masa ini tidak memandangkan kami hanya peniaga kecil-kecilan dari rumah di Kuala Lumpur. Segala pembelian dan paparan produk dibuat di dalam talian sahaja.

3. Dari mana anda mendapatkan produk-produk anda?
Produk-produk kami adalah pilihan tersendiri yang datang dari setiap pelosok negeri. Akan datang, kami akan menampilkan produk-produk dari negara-negara jiran juga.

4.  Apakah yang membezakan BajuKurungAyu dengan penjual fabrik blog yang lain?
Pilihan-pilihan kami berdasarkan apa yang kami sebagai wanita bersaiz besar inginkan dan apa yang membuatkan kami selesa. Bukan mudah untuk mencari pakaian untuk wanita bersaiz besar. Jika ada pun, mungkin tidak "menyelerakan" mata atau melampaui bajet. Kami juga mementingkan keselesaan fabrik dan kesannya bila disarungkan ke tubuh.

5. Apakah anda menjual busana untuk wanita bersaiz M ke bawah?
Kami lebih menumpukan kepada busana kaum wanita bersaiz besar. Namun, ada juga sebilangan produk kami yang muat untuk wanita bersaiz M ke bawah.

6. Kenapa sikit sangat pilihan produk?
Kami baru memulakan perniagaan dan ia secara kecil-kecilan. Buat masa ini, pilihan dan stok kami agak terhad. Insya-Allah, ia akan dipelbagaikan lagi dalam tempoh terdekat. Tetapi yang penting sekali, corak, rekaan dan pilihan kain di laman blog kami adalah pilihan tersendiri yang menitikberatkan keanggunan dan keselesaan bila menyarungkannya.

7. Bagaimana mahu membuat pembelian dan pembayaran?
Sila klik atau pergi ke pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
http://bajukurungayu.blogspot.com/p/tempahan-online.html

8. Apakah anda menjual secara pukal?
Buat masa ini, ia terhad kepada kain pasang sahaja (selagi stok masih ada) bagi pembelian 10 pasang ke atas. Harga istimewa akan diberikan. Sila isi borang pertanyaan di atas untuk maklumat lanjut dengan produk yang anda inginkan.


Ini sahaja ruangan fakta yang dapat kami isikan buat masa ini. Sekiranya ia masih tidak menjawab pertanyaan anda, sila isi borong pertanyaan di atas dan kami akan jawab dengan secepat yang mungkin.


Terima kasih kerana melayari laman blog kami!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...